Live...

Siapa

KAMERAL PUTRA?

Ramai tertanya-tanya, darimana datangnya lelaki ini yang secara tiba-tiba muncul di celah-celah kelompok trader di Malaysia dengan kemahiran menganalisis chart yang luar biasa.

Analisis yang beliau kongsikan selama hampir setahun di social media menjangkau ketepatan sehingga 95% dan diperakui sendiri oleh followers beliau di Instagram.

Sebelum ini di social media, beliau hanya berkongsi berkaitan hobi permotoran dan aktiviti luaran sahaja, beliau tidak pernah sekalipun berkongsi sebarang maklumat latar belakang dan bidang pekerjaan yang beliau ceburi.

Disebalik perwatakan dan sikap beliau, tidak seorangpun menyangka beliau sebenarnya seorang trader di pasaran Spot Trading.

Kameral Putra Arnedi
DOB: 14 Julai 1986

Mula mengenali pasaran spot trading sewaktu bekerja di Cyber Cafe pada sekitar tahun 2005/2006 ketika berumur 18 tahun.

Atas minat yang mendalam, beliau banyak belajar ilmu-ilmu menganalisis di forum-forum sahaja kerana pada ketika itu masih belum wujud social media seperti Facebook dan Youtube seperti sekarang.

2 tahun selepas itu, beliau sendiri telah membuka kelas mengajar Asas-Asas di pasaran Spot Trading.

Beliau akui, dalam tempoh 6 bulan sahaja beliau telah mengutip Jutaan Ringgit hasil daripada mengajar sahaja dan bukan hasil daripada trading sendiri dan itulah kali pertama beliau merasai kemewahan di usia yang masih muda.

Zaman

KEJATUHAN

Sepanjang mempelajari ilmu trading dari tahun 2005/2006 – 2007 (2 tahun), beliau mengakui masih lagi belum cukup mahir dalam dunia spot trading.

Hasil pendapatan Jutaan Ringgit yang beliau perolehi juga bukan hasil dari trading sendiri, tetapi hasil daripada kutipan kelas yang beliau anjurkan. Setelah kelas mengajar yang beliau anjurkan semakin kurang mendapat sambutan, akhirnya beliau menghentikan kelas tersebut.

Dengan umur yang masih muda dan simpanan yang banyak, di sinilah ujian mendatangi beliau. Hanyut dengan kemewahan yang datang secara mengejut, beliau mula tenggelam dengan godaan dunia. Bukan sahaja tidak lagi mengajar, beliau sendiri mengakui tidak lagi bertrading pada ketika itu. Setelah 2 tahun beliau menghabiskan simpanan sedikit demi sedikit, akhirnya kewangan beliau semakin goyah.

Pada tahun 2009, beliau mengambil keputusan untuk memasuki semula pasaran spot trading dengan bermodalkan baki simpanan yang semakin tipis, tidak sampai 24jam beliau telah mengalami kerugian hampir USD30,000/ RM120,000.

Oleh kerana kerugian tersebut, kekecewaan yang beliau alami membuatkan beliau meninggalkan dunia spot trading.

REZEKI

SEMENTARA?

Menceritakan kisah hidup beliau selepas itu, beliau dengan tidak sengaja terjebak dengan perniagaan vape, dan beliau boleh dikatakan peniaga vape yang terawal pada ketika itu (sekitar tahun 2010).

Oleh kerana permintaan barangan vape yang tinggi pada ketika itu, sekali lagi beliau menjadi jutawan hanya dalam tempoh yang singkat.

Walau bagaimanapun, perniagaan vape beliau tidak bertahan lama apabila pada tahun 2013 kerajaan telah melarang penjualan vape dan di sinilah sekali lagi dugaan melanda, perniagaan vape yang beliau jalankan pada ketika itu mula merosot dan akhirnya mengalami kerugian sehingga memaksa beliau menjual kedai yang beliau buka pada ketika itu.

Kembali Semula Menjadi

SEORANG TRADER

Setelah beberapa siri kejatuhan, pada tahun 2014 beliau sekali lagi kembali membuka ‘buku baru’ dalam dunia spot trading.

Tetapi pada kali ini agak berbeza, dengan umur yang lebih matang, pengalaman jatuh dan bangun beberapa kali, beliau kini lebih bersedia dari segi mental dan rohani.

Beliau mula membuat kajian semula, mencari dan memperbaiki kesilapan dan kekurangan yang beliau hadapi. Mengapa teknik-teknik yang pernah beliau pelajari tidak berkesan, berapa banyak lagi ilmu analisis yang perlu dikaji?

Akhirnya, beliau mula menyedari satu perkara di dalam dunia trading terutama menjadi penganalisis chart. Kesilapan bukanlah datang dari satu-satu teknik itu, tetapi cara penggunaan satu-satu teknik itu perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa, seseorang trader itu perlu mempelbagaikan kemahiran analisis dan tahu menggunakan satu-satu kaedah itu bergantung dengan kondisi pasaran.

2 tahun selepas itu (2016), dengan menambah beberapa kemahiran dan praktikal untuk diri sendiri, akhirnya itulah kali pertama beliau merasai kejayaan yang sebenar didalam dunia spot trading. Kejayaan ini datang dari semua aspek, bukan sahaja kerana kemahiran yang dipelajari, malah mental yang tenang serta matang telah mengubah segalanya.

Sejak dari itu beliau menjadikan bidang spot trading sebagai sumber pendapatan utama sehingga ke hari ini. Beliau tidak pernah mengajar, tidak pernah bercerita dan tidak bercampur dengan mana-mana trader lain di negara ini.

Beliau memilih menjalani kehidupan bersama keluarga dengan bersederhana dan hanya berkongsi hobi dan aktiviti di media social.

Pada awal 2021 (sewaktu PKP), akhirnya latar belakang pekerjaan beliau terdedah dimana ada beberapa pengikut di social media menyedari beliau merupakan seorang trader di pasaran spot trading dan disitulah bermulanya beliau berkongsi segalanya, bukan sahaja berkongsi kemahiran dalam menganalisis semata-mata, malah beliau juga berkongsi tips-tips dan resepi untuk menjadikan spot trading sebagai sumber pendapatan utama seperti beliau.